Meninjau ke blog arruhuljadid86.blogspot.com yang memetik ucapan Sheikh Mahmud Siyam di Rusila, Terengganu kelmarin, teringat penulis pengalaman menjadi pemandu sementara beliau.
Tak silap saya 2 tahun lepas, ketika kali pertama MuslimCare Malaysia menjemput Sheikh ke Malaysia, beberapa kali saya ditugaskan ustaz Ridhuan Mad Nor untuk membawa Sheikh ke tempat ceramah. Antaranya ke Produa Rawang, ke Masjid ar Rahman UM, ke Restoran Nasi Arab Bukit Bintang dan ke Jengka Pahang.
Sheikh Mahmud Siyam sangat menjaga masa. Beliau akan ke tempat ceramahnya seawal mungkin supaya penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran beliau. Ketika membawa beliau ke beberapa masjid di Shah Alam, beliau pernah menegur 'driver' yang lambat mengambilnya. Katanya, jika dia tiba lewat di tempat ceramah, orang tak kata driver Sheikh Siyam yang lambat, orang akan kata Sheikh Siyam lambat sampai. Ini pengajaran untuk teman-teman yang menjadi driver penceramah di malaysia dan juga penceramah sendiri yang kurang prihatin dalam bab ini.
Jemaah yang tidak punya maklumat akan berkata, ustaz ajar kita solat awal waktu, tapi dia tiap kali kuliah masbuk selalu. So, ini imej yang perlu dijaga selari dengan kehendak Islam.
Keduanya ketika ke Jengka. Kami pergi ke Produa Rawang dahulu lepas solat asar, kemudian baru bertolak ke Jengka untuk kejar ceramah selepas solat isyak. Jaraknya jauh juga. Jadi kami memecut laju sehingga tidak perasan minyak kereta sudah merah. Apabila sampai ke hentian Temerloh masih lagi tidak isi minyak kerana menyangka baki minyak cukup untuk sampai ke Jengka. namun apabila sampai ke Jengka 17, lampu merah timbul kerap menandakan minyak hampir habis. Ketika itulah baru kalut cari minyak di simpang Jengka 17. Nak cepat punya pasal, akhirnya lambat juga. Lalu Shekh berkata pada saya, "manusiapun nak bergerak kena cukup air." Sepatah sahaja kata-katanya sudah cukup membuatkan saya tersentak. Tambahan pula Sheikh Siyam ini orang sastera. Dalam perlinya itu. Tapi pengajaran untuk saya dan kawan-kawan supaya bersiap awal dengan petrol yang banyak jika hendak membawa penceramah atau pergi ceramah.
Seterusnya keesokan paginya sekitar jam 8 beliau akan bertolak ke Gurun kedah untuk berceramah di Modenas atau Perwaja saya sudah lupa. jadi selepas ceramah di jengka, kami perlu menghantar beliau ke Hotel Pan Pacific KLIA supaya beliau tidak terlepas penerbangan jika tidur di KL.
Saya memecut laju dari Jengka dan sampai di KLIA sekitar jam 2.30 pagi. Apabila sampai di KLIA saya memusing-musing mencari jalan masuk ke Hotel. Sheikh tersedar daripada tidurnya, lalu bertanya, ke mana saya ingin membawanya? Saya menjawab, ke hotel. Dia menyatakan enggan pergi ke hotel. Cukup tidur dalam kereta untuk menunggu jam 8. Saya memujuk beliau supaya tidur juga di hotel memandangkan keselamatan, keselesaan dan kesihatannya yang sudahpun berusia 80 tahun.
Beliau memarahi saya dengan mengatakan jangan membazir. Hanya beberapa jam sahaja lagi hendak naik flight. Saya jadi serba salah. Seorang teman menghubungi Abang Azli Lujnah Antarabangsa Pemuda Pusat bagi memaklumkan hal tersebut. Beliau meminta kami memujuk sekali lagi Sheikh untuk ke hotel. namun seperti mana tadi juga, Sheikh memarahi kami dan menyatakan dia ingin tidur dalam kereta kerana tidak mahu membazir.
Oleh kerana tidak mampu memujuk lagi, kami pun menemani beliau tidur dalam kereta Toyota Unser ustaz Riduan Mad Nor sehinggalah ke waktu subuh. Terfikir saya betapa zuhudnya pejuang Palestin ini. Beliau bukan tidak ada duit. Malah jika ke hotel pun kami yang akan bayarkan. Namun beliau memilih untuk tidur di dalam kereta di pagi yang dingin.
Pengalaman ini boleh dijadikan tauladan untuk kita golongan yang mengaku menjadi Da'i dan berjuang di jalan Allah.
Sunday, September 21, 2008
Saturday, September 20, 2008
ISA MESIR: ULAMA IKHWAN DILAYUR DIBARA API
Kerap kali kita mendengar kes penahanan secara borong pemimpin dan ahli Jemaah Islam Ikhwan Muslimin Mesir. Banyak artikel-artikel yang mendedahkan penyiksaan yang dialami oleh tahanan yang ditahan di penjara bawah tanah.
Tidak lama dahulu kita menbaca kisah pemimpin kanan Ikhwan yang disiksa dengan penyiksaan yang sangat menyayatkan hati. Jika hendak dikata dipukul, ditelanjang setiap hari sudah kebiasaan. namun tahanan ini telah dibogelkan, diikat kaki dan tangan, lalu di letakkan di tempat penyiksaan. Dipanggil segala anak murid dan ahli-ahli Ikhwan yang ada dalam penjara tersebut untuk duduk dikeliling pemimpin mereka ini bagi melihat dia disiksa.
Kemudian, pihak tentera telah menyalakan api di bawah tempat digantung tahanan ini. Walaupun api tidak menyentuh tubuhnya, namun kepanasan api tersebut membuatkan badannya menggelembung sedikit-demi sedikit. beliau menjerit kesakitan, namun anak muridnya hanya mampu mengalirkan air mata melihat pemimpin mereka disiksa.
Tidak cukup dengan itu, tubuhnya diangkat dan dicampakkan ke lantai dan dilepaskan beberapa ekor anjing untuk meratah tubuh ulama ini. Kisah ini telah dibukukan dalam bahasa Melayu, namun sampai ke hari ini penulis sudah lupa dimana buku tersebut disimpan.
* NANTIKAN KISAH SETERUSNYA PEMBUNUHAN AHLI IKHWAN SECARA BORONG DI BANDAR HOMS SYRIA, DAN KISAH TERKINI MEREKA DI PENJARA DAN JUGA KISAH PENYIKSAAN PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG DIPENJARA TENTERA ERA SUHARTO.
*PELAJAR MELAYU DI PENJARA BAWAH TANAH SYRIA.

Friday, September 19, 2008
BEBAS ISA: TARESA TAK BERHATI PERUT
Tahniah baru dibebaskan dari ISA yang mencengkam Taresa selama 8 hari. Tetapi sedikit terkilan apabila Taresa mengeluarkan kenyataan dalam sidang medianya mendesak supaya dibebaskan lima pemimpin HINDRAF dan Raja Petra sahaja.
Kenapa hanya enam orang ini? Kenapa tidak didesak dibebaskan semua tahanan ISA dan dihapuskan akta ini. Pengalaman 8 hari ditahan ISA, adakah ianya belum cukup untuk MP Seputeh ini merasakan ISA menzalimi semua pihak.
Walaupun penulis kurang menggemari pendekatan politik Taresa yang sembrono, tetapi apabila dia dikenakan ISA kita sama-sama simpati dan nyatakan tentangan. Malah jika Tun Dr Mahathir kena ISA pun kita tidak bersetuju. Tetapi apabila keluar ISA, hanya kelompok yang dikenali dan disukainya sahaja didesak oleh beliau untuk dibebaskan.
Mana dia nama seperti Ahmad Shah Satray ataupun Abdullah Minyak yang mendekam 6 tahun dalam ISA untuk disebut oleh Taresa? Sedangkan isteri Ahmad Shah, Norlaila Othman yang menjadi penggerak aktif Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menjadi antara koordinator utama gerakan membebaskan Taresa dan tahanan lain daripada ISA. rakan-rakan dalam GMI tidak pernah membeza-bezakan siapa tahanan ISA sama ada berlainan agama, bangsa dan ideologi, semuanya diperjuangkan supaya dibebaskan.
Jadi, jika beginilah sikap Taresa, jangan salahkan orang lain jika berprasangka buruk terhadap diri anda yang dianggap ramai sebagai resist dan pentingkan diri dan kelompok tertentu sahaja.

Thursday, September 18, 2008
BLOG BARU
Selamat berkunjung ke blog baru Kalamkerinci.blogspot.com menggantikan kalamkerinchi.blogspot.com yang bermasalah sebelum ini. semoga kita bertemu semula di kerinchi corner.
Subscribe to:
Posts (Atom)