Friday, September 19, 2008

BEBAS ISA: TARESA TAK BERHATI PERUT

Tahniah baru dibebaskan dari ISA yang mencengkam Taresa selama 8 hari. Tetapi sedikit terkilan apabila Taresa mengeluarkan kenyataan dalam sidang medianya mendesak supaya dibebaskan lima pemimpin HINDRAF dan Raja Petra sahaja.

Kenapa hanya enam orang ini? Kenapa tidak didesak dibebaskan semua tahanan ISA dan dihapuskan akta ini. Pengalaman 8 hari ditahan ISA, adakah ianya belum cukup untuk MP Seputeh ini merasakan ISA menzalimi semua pihak.

Walaupun penulis kurang menggemari pendekatan politik Taresa yang sembrono, tetapi apabila dia dikenakan ISA kita sama-sama simpati dan nyatakan tentangan. Malah jika Tun Dr Mahathir kena ISA pun kita tidak bersetuju. Tetapi apabila keluar ISA, hanya kelompok yang dikenali dan disukainya sahaja didesak oleh beliau untuk dibebaskan.

Mana dia nama seperti Ahmad Shah Satray ataupun Abdullah Minyak yang mendekam 6 tahun dalam ISA untuk disebut oleh Taresa? Sedangkan isteri Ahmad Shah, Norlaila Othman yang menjadi penggerak aktif Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menjadi antara koordinator utama gerakan membebaskan Taresa dan tahanan lain daripada ISA. rakan-rakan dalam GMI tidak pernah membeza-bezakan siapa tahanan ISA sama ada berlainan agama, bangsa dan ideologi, semuanya diperjuangkan supaya dibebaskan.

Jadi, jika beginilah sikap Taresa, jangan salahkan orang lain jika berprasangka buruk terhadap diri anda yang dianggap ramai sebagai resist dan pentingkan diri dan kelompok tertentu sahaja.

5 comments:

Hasbullah Pit said...

Saya dah terpilihkan catatan ini.

Anonymous said...

Eh mana ada. Beliau sebut Raja Petra, Hindraf 5 dan 60 lagi tahanan. Cuba baca kenyataan penuhnya di The Star.

nv said...

Sumtime orang Cina nie pelat dia susah nak sebut nama2 Melayu tahu tak? Mane dia kenal semua nama2 Melayu tu kecuali Nama besar RPK dan Hindraf.. Habis kau tue yg tgk Teresa, ko buat apo untuk Bebaskan nama2 nama2 Melayu yang ko sebutkan tue?
Jgn kerana Teresa tue Cina, kita sisihkan dia terus! Islam mengajar kita berbaik sangka sesama manusia.
Tetapi jika kita tgk je keburukan pemimpin Islam, adakah kita boleh berdiam diri?
Orang Bukan Islam buat salah mungkin kerana ajarannya tidak sama dgn Islam, tetapi bgmana orang Islam yg buat salah tetapi menerima ajaran Islam?

KERINCHI CORNER said...

DALAM MALAYSIAKINI BERITA BERTAJUK ARTIKEL AKHBAR JADI ASAS SIASATAN(TARESA) ditulis, Taresa mendesak dibebaskan Raja Petra dan 5 pemimpin Hindraf.

Unknown said...

Buat 729 no isa>>kalau salah, betulkan jelah. tak perlu nak persoal orang lain buat apa untuk bebaskan tahanan ISA. Lagipun memang Taresa tidak adil. Dulu masa tahanan China kena bogel, dia bising perjuangkan. Tapi bila diketahui bahawa tahanan tersebut bukan China, kenapa dia diamkan diri.

Orang bukan nak sisihkan Taresa sebab dia Cina, dia yang membina imej seolah-olah anti Melayu!!!